OPPO Malaysia mengemaskini penawaran mereka dengan memperkenalkan peranti permulaan baru iaitu OPPO A3x. Hadir dengan 3 pilihan varian dengan harga jualan yang mampu milik.
OPPO A3x hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.67 inci dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 90Hz dengan kecerahan puncak 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6s Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 128GB.
Menggunakan tetapan kamera tunggal belakang dengan sensor 8MP dan swafoto 5MP. Dilengkapi dengan bateri 5100mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP54, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasi ColorOS 14.0.
Di Malaysia, OPPO A3x dijual pada harga bermula RM399 (4GB + 64GB), RM499 (4GB + 128GB) dan RM599 (6GB + 128GB). Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Nebula Red dan Ocean Blue. Untuk permulaan, hanya 2 model sahaja yang ditawarkan iaitu RM499 dan RM599. Bagi model RM399, ia ditawarkan sedikit lewat untuk untuk pasaran Malaysia.