Close

ASUS ROG Ally dilaporkan menyokong sistem operasi SteamOS

Konsol mudah alih dari ASUS iaitu ROG Ally bakal menyokong sistem operasi dari Valve iaitu SteamOS. Yang mana, sistem operasi ini digunakan pada konsol mudah alih Steam Deck.

Menurut laporan, Valve telahpun mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan SteamOS akan menyokong konsol mudah alih yang lain antaranya ASUS ROG Ally. Perkara tersebut merujuk kepada kemas kini SteamOS yang mula menyokong butang tambahan pada ROG Ally.

Namun begitu, ROG Ally tidak akan menjalankan steamOS secara terus sebaliknya ia mungkin akan ditawarkan melalui sokongan dwi-boot untuk SteamOS dan Windows 11. Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna bertukar sistem operasi dengan lebih mudah. SteamOS boleh dikatakan sebagai sistem operasi yang lebih mesra pengguna untuk permainan.

Berikutan dari itu, terdapat kemungkinan yang SteamOS akan turut tersedia untuk konsol mudah alih lain. Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat yang dikongsi oleh Valve mengenai ketersediaan SteamOS pada ROG Ally buat masa ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN