Apple berkemungkinan akan memperkenalkan pilihan warna baru untuk iPhone 16 Pro. Pilihan warna baru tersebut akan dipanggil sebagai ‘Desert Titanium’.
— Sonny Dickson (@SonnyDickson) August 16, 2024
Melalui perkongsian Sony Dickson di platform X, memperlihatkan iPhone 16 Pro hadir dengan 4 pilihan warna termasuk pilihan warna baru iaitu Desert Titanium. Pilihan warna baru ini dilapor akan menggantikan warna Blue Titanium yang ditawarkan pada iPhone 15 Pro.
There are four colors in total in the iPhone 16 Pro Lineup: white, black, gold and gray.
— Majin Bu (@MajinBuOfficial) August 18, 2024
The desert titanium color is kind of dark gold, similar to the old purple color, relatively discreet and deep pic.twitter.com/uDiNiBI4Iz
Pakar tiris Majin Bu, turut menyatakan perkara yang sama dengan memperlihatkan imej lens ring yang akan digunakan pada iPhone 16 Pro. Melalui Imej tersebut, memperlihatkan warna lens ring sepadan dengan pilihan warna yang dikongsi oleh Sony Dickson.
Menurut beliau lagi, pilihan warna baru ini adalah seakan dark gold dengan tahap gelap seperti warna deep purple pada iPhone 14 Pro. Seperti model sebelumnya, iPhone 16 Pro akan turut hadir dengan 4 pilihan warna iaitu White Titanium, Black Titanium, Gray Titanium dan Gold/Desert Titanium.
Sebagai perbandingan, iPhone 15 Pro ditawarkan dengan pilihan warna iaitu Blue Titanium, White Titanium, Natural Titanium dan Black Titanium. Walaubagaimanapun, laporan ini tidak dapat disahkan ketepatannya. Perkara tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya yang dijangka sekitar September ini.