HONOR Magic V3 akan diperkenalkan untuk pasaran global pada 5 September 2024 di IFA Berlin.
Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China pada Julai lalu. Hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik merangkumi spesifikasi dan juga rekaan.
Magic V3 hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan lebih ringan berbanding Magic V2. Magic V3 hanya setebal 4.35mm apabila dibuka dan 9.2mm apabila ditutup. Berat Magic V3 hanyalah sektiar 226gram iaitu 5gram lebih ringan berbanding Magic V2 dengan 231gram.
Peranti ini dijangka akan turut diperkenalkan untuk pasaran tempatan selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Namun begitu, tidak dipastikan adakah ia akan hadir dengan spesifikasi sama seperti pasaran China atau sebaliknya.