Close

Kerajaan akan tubuhkan pasukan khas untuk bincang kawal selia platform media sosial

Kerajaan akan menubuhkan pasukan petugas khas pada minggu ini bagi membincangkan mengenai pengawalseliaan dan penguatkuasaan platform media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan pasukan petugas khas tersebut akan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang bawah Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

Penubuhan pasukan petugas khas ini diputuskan selepas perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Beliau turut menyatakan pihak polis memerlukan bantuan teknikal MCMC untuk pemeliharaan data dan pemprofilan. Disebabkan itu, pasukan petugas khas ini diwujudkan bagi memahami masalah yang dihadapi oleh DPP (Timbalan Pendakwa Raya. Penekanan berkenaan pendakwaan dan siasatan perlu dilakukan dengan terperinci agar pihak yang terlibat menerima hukuman yang sewajarnya.

Selain itu, beliau berharap dengan pelesenan ini, platform media sosial akan menjadi lebih bertanggungjawab sekiranya berlaku insiden seperti buli siber, fahaman ekstremis dan sebagainya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN