Xiaomi dijangka akan menawarkan 3 jenis kemasan yang berbeza pada peranti andalan mereka iaitu Xiaomi 15 Ultra.
Menurut laporan, Xiaomi 15 Ultra akan ditawarkan dengan 3 jenis kemasan yang berbeza untuk panel belakang iaitu jenis leather, glass dan juga ceramic. Dengan pilihan kemasan yang lebih banyak, ia membolehkan pengguna memilih kemasan yang disukai berbanding sebelum ini. Selain itu, ia menjadikan penawaran untuk Xiaomi 15 Ultra menjadi lebih menarik.
Sebagai perbandingan, Xiaomi 14 Ultra ia hanya ditawarkan dengan satu pilihan kemasan sahaja iaitu jenis leather. Xiaomi 15 Ultra dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 4, skrin dengan resolusi 2K dan kamera 50MP.
Xiaomi dijangka akan memperkenalkan peranti ini di acara Mobile World Congress (MWC) yang diadakan di Barcelona sekitar Februari 2025.