Close

BNM perkenalkan Portal Fraud Kebangsaan – Banteras ‘scam’ dengan lebih efisien

Bank Negara Malaysia (BNM) secara rasmi memperkenalkan Portal Fraud Kebangsaan atau National Fraud Portal (NFP).

Portal ini dibangunkan dengan kerjasama pihak Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan institusi kewangan di Malaysia. Kewujudan portal ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pengesanan jejak dana dan juga mengenal pasti kalangan individu atau keldai akaun.

Selain itu, ia juga sebahagian dari usaha negara dalam membanteras gejala penipuan kewangan dalam masa yang sama mengekalkan keyakinan rakyat terhadap sistem kewangan digital di Malaysia.

Melalui NFP, proses National Scam Response Centre (NSRC) kini dilengkapi dengan keupayaan automasi menyeluruh atau end-to-end bagi menguruskan laporan penipuan, mengesahkan dan menjejak dana yang dicuri, serta membolehkan perkongsian amaran awal dalam kalangan institusi kewangan agar tindak balas pantas dapat diambil.

Dalam masa yang sama, BNM dan industri kewangan menegaskan yang mereka sentiasa komited dalam memelihara kestabilan sektor kewangan negara serta melindungi kepentingan semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN