Close

OnePlus Buds 3 Pro diumumkan – Sokong Spatial Audio, dual DAC dengan bateri 43 jam

OnePlus secara rasmi memperkenalkan TWS baru mereka iaitu Buds 3 Pro. Hadir dengan pelbagai peningkatan yang merangkumi kualiti audio, sokongan ANC dan juga ketahanan bateri.

OnePlus Buds Pro 3 hadir dengan teknologi dual driver iaitu 11mm (woofer) dan 6mm (tweeter) yang sama seperti Buds Pro 2. Namun begitu, ia kini hadir dengan sokongan sistem dual DAC dan rekaan diaphragms baru.

OnePlus menyatakan, TWS ini mampu menghasilkan bunyi bass dan treble yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, Buds Pro 3 ini turut dilengkapi dengan penjenamaan Dynauaudio. Turut hadir dengan fungsi ANC sehingga 50dB dan menyokong mod ANC adaptif yang akan dilaraskan secara automatik bergantung kepada keadaan sekeliling.

Selain itu, ia turut menyokong sokongan codec LHDC 5.0, AAC, Google Fast Pair dan Spatial audio. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP55 dan Bluetooth 5.4. Untuk ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 10 jam dengan mod ANC dimatikan dan 6 jam dengan mod ANC diaktifkan. Sekiranya dengan bekas pengecas, TWS ini mampu bertahan sehingga 43 jam.

Di Eropah, OnePlus Buds Pro 3 Ini dijual pada harga bermula sekitar £200 (RM975). Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan turut ditawarkan di Malaysia atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN