Close

Grab kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit – Berkuat kuasa 11 September ini

Grab bakal mengenakan caj sebanyak 1% untuk sebarang tambah nilai GrabPay Wallet menggunakan kad kredit. Caj tersebut akan mula dikenakan kepada pengguna bermula 11 September 2024.

Namun begitu, caj tersebut tidak dikenakan kepada pengguna Maybank yang melakukan tambah nilai menggunakan kad kredit.

Pengguna masih boleh menambah nilai secara percuma melalui kad debit, Gx bank atau pindahan melalui bank. Grab buat masa ini tidak menyatakan sebab utama caj tersebut dikenakan. Kita mungkin boleh menjangkakan ia akan dibuat dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN