vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu V40 dan V40 Pro. Hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan rekaan yang lebih menarik.
vivo V40 Pro merupakan model paling premium untuk siri V40. Hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9200+ yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman 512GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan penjenamaan Zeiss. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan 80W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penafaran IP68, pembesar suara jenis stereo, NFC dan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14.
Untuk vivo V40, ia hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan penjenamaan Zeiss. Turut dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan 80W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penafaran IP68, pembesar suara jenis stereo, NFC dan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14.
Di Malaysia, vivo V40 dijual pada harga RM1999 untuk 12GB + 256GB dan RM2399 untuk 12GB + 512GB. Manakala untuk vivo V40 Pro, ia dijual pada harga RM3299 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini.