Close

Rekaan OPPO Find X8 tertiris – Guna skrin jenis rata?

OPPO dijangka akan memperkenalkan peranti andalan mereka iaitu siri Find X8 pada awal tahun 2025. Namun begitu, telah ada beberapa laporan mendedahkan rekaan peranti tersebut.

Terbaru, imej yang didakwa sebagai OPPO Find X8 telahpun tertiris. Berdasarkan dari imej tersebut, memperlihatkan peranti tersebut akan hadir dengan beberapa perubahan dari segi rekaan. OPPO dilihat akan menggunakan rekaan sisi jenis rata dan rekaan modul kamera belakang yang berbeza.

Perubahan rekaan tersebut memberikan gambaran yang Find X8 akan hadir dengan skrin jenis rata berbanding skrin jenis melengkung pada model sebelumnya. Selain itu, rekaan kamera belakang akan diberi nafas baru dengan rekaan modul yang berbeza.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan ia akan hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik merangkumi pretasi, kemampuan kamera dan juga rekaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN