Bermula 5 Septemer 2024, TikTok Shop Malaysia bakal menaikkan yuran komisen dan juga yuran transaksi.
Bermula tarikh yang sama, yuran komisen yang akan dikenakan adalah berbeza antara penjual Mall dan penjual Marketplace. Selain itu, kadar yuran komisen yang akan dikenakan berdasarkan kepada subkategori produk.
Kadar baru untuk yuran komisen Mall meningkat sehingga 14.58% sementara yuran komisen Marketplace pula meningkat sehingga 11.34% termasuk dengan SST 8%.
Manakala, untuk kadar baru untuk yuran transaksi adalah 3.78% termasuk SST 8%. Pada ketika ini, yuran transaksi yang dikenakan adalah 2.16% termasuk SST 6%.
TikTok menyatakan, kenaikkan yuran komisen dan transaksi ini akan membantu dalam meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik untuk komuniti di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi TikTok Shop.