Close

OnePlus Nord 4 tiba di Malaysia dengan harga RM2599

OnePlus Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru iaitu Nord 4 untuk pasaran tempatan. Buat yang tidak mengetahui, siri Nord menfokuskan kepada penawaran pada harga yang lebih mampu milik dalam masa turut menawarkan beberapa ciri premium.

OnePlus Nord 4 hadir dengan skrin Fluid AMOLED bersaiz 6.74-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+, kecerahan puncak 2150 nits dan juga fungsi Aqua Touch. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP dan Swafoto 16MP. Kamera ini mampu merakam video pada resolusi sehingga 4K 60fps dan Super Slow Motion pada resolusi 1080p 240fps. Turut dimuatkan dengan beberapa fungsi yang dijana oleh AI seperti AI Groupfie,AI Audio Summary, AI Eraser, AI Article Summary dan AI Clear Face.

Bateri 5500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan SuperVOOC 100W. Menarik mengenai peranti ini adalah ia dibina dengan menggunakan binaan logam sepenuhnya dan menyokong penarafan IP65. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 5.4, WiFi 6, NFC, Alert Slider, IR Blaster, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan juga menjalan Oxygen OS 14.1 berasaskan Androdi 14.

Di Malaysia, OnePlus Nord 4 dijual harga RM2599 untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Mercurial Silver, Oasis Green dan Obsidian Midnight. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 30 Ogos. Setiap pra-tempahan akan menerima pengecasa OnePlus 100W secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN