Instagram kini hadir dengan fungsi baru yang membolehkan pengguna menambah atau meletakkan lagu pada profil mereka. Fungsi ini boleh dikatakan mirip seperti mana yang pernah ditawarkan oleh platform media sosial Myspace sekitar tahun 2003.
Namun begitu, fungsi ini hanya menyokong lagu dengan durasi 30 saat dan tidak dimainkan secara automatik seperti mana pada MySpace. Bermaksud, pengguna lain perlu menekan butang ‘play’ untuk mendengar lagu yang diletakkan.
Untuk menggunakan fungsi ini, buka aplikasi Instagram kemudian tekan ‘edit profile‘. Pada bahagian edit profile pilih Music dan tekan ‘+’ untuk pilih lagi. Fungsi ini telahpun tersedia untuk semua pengguna. Untuk mula menggunakan fungsi ini, pastikan aplikasi anda telah dikemas kini kepada yang terbaru.