RHB melalui Facebook rasmi mereka mengumumkan beberapa perkhidmatan perbankan tidak boleh diakses pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024, bermula dari jam 12 tengah malam hingga jam 12 tengah hari.
Menurut RHB, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem yang akan dilakukan. Antara perkhidmatan yang akan terjejas adalah seperti perkhidmatan ATM, perkhidmatan Samsung Pay, Apple Pay & Google Pay, perkhidmatan transaksi dalam talian, terminal layan diri dan juga pengaktifkan kad.
Berikutan dari itu, RHB menyarankan pengguna untuk melakukan transaksi lebih awal atau menggunakan alternatif lain dalam tempoh tersebut. Dalam masa yang sama, RHB turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku.