Seperti yang kita tahu, Apple akan memperkenalkan iPhone seterusnya pada tahun ini. Kebiasaannya, acara tersebut akan diadakan sekitar September atau Oktober setiap tahun.
Terbaru, terdapat laporan menyatakan Apple mungkin akan memperkenalkan siri iPhone 16 pada 10 September 2024. Pada acara tersebut, Apple dijangka akan turut mengumumkan Apple Watch dan Airpods generasi baru. Sekiranya laporan ini tepat, tarikh penjualan untuk siri iPhone 16 dijangka akan bermula 20 Septmber 2024.
Siri iPhone 16 dijangka akan membawakan beberapa peningkatan seperti kemampuan kamera yang lebih baik dan spesifikasi yang lebih berkuasa. Untuk model Pro, ia berkemungkinan hadir dengan saiz skrin dan kapasiti bateri yang lebih besar. Selain itu, semua model akan dilengkapi dengan butang tambahan baru yang dipanggil sebagai ‘capture button’.
Apple Watch baru dijangka hadir dengan skrin lebih besar dan lebih nipis. Manakala, untuk AirPods baru ia berkemungkinan hadir dengan 2 pilihan model iaitu versi mampu milik dengan fungsi asas dan versi lebih mahal dengan fungsi ANC.
Walau bagaimanapun, buat masa ini Apple belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai pelancaran peranti tersebut. Kita mungkin boleh menjangkakan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.