CEO kepada Telegram iaitu Pavel Durov dilaporkan telah ditahan di Perancis. Beliau dikatakan telah ditahan di Lapangan Terbang Le Bourget di Perancis selepas tiba dari Azerbaijan.
Menurut laporan, penahanan Pavel Durov telah oleh pihak berkuasa Perancis disebabkan oleh beberapa kesalahan yang dilakukan dalam aplikasi Telegram seperti penipuan, buli siber, jenayah terancang, pengedaran dadah dan lain-lain.
Telegram diasaskan oleh Pavel Durov yang berpangkalan di Dubai. Beliau dilahirkan di Rusia dan mempunyai dua kewarganegaraan iaitu UAE dan Perancis. Telegram merupakan aplikasi yang sangat berpengaruh di Rusia, Ukraine dan republik bekas Kesatuan Soviet. Disenaraikan sebagai salah satu platform media sosial utama selepas Facebook, YouTube, WhatsApp, Instagram, TikTok dan WeChat.
Berikutan itu, Telegram telah menjadi sumber utama untuk mencari pelbagai maklumat penting. Namun, disebabkan oleh kurangnya kawalan dan pemantauan dari Telegram telah menjadikan ia sebagai tempat jenayah dan sebagainya.