HONOR bakal memperkenalkan fon lipat mereka yang seterusnysa iaitu Magic V3 di acara IFA 2024 di Berlin. Seiring dengan itu, HONOR telah mengumumkan kerjasama dengan Google Cloud untuk menawarkan pelbagai fungsi AI.
Antara fungsi yang akan ditawarkan pada Magic V3 melalui kerjasama ini adalah seperti HONOR AI Eraser, HONOR Notes, Face to Face Translation dan Magic Portal. HONOR AI Eraser, membolehkan anda membuang atau memadam objek atau manusia yang tidak diingini pada imej. Fungsi ini mirip seperti mana Magic Eraser.
Untuk HONOR Notes, ia membolehkan rakaman suara atau perbualan ditukar kepada bentuk transkripsi secara masa nyata. Face to Face Translation pula menterjemahkan perbualan dalam masa nyata sekaligus dapat mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih baik. Untuk setakat ini, fungsi ini menyokong 10 bahasa iaitu Chinese, English, French, German, Spanish, Italian, Russian, Turkish, Arabic dan Malaysia.
Manakalan untuk Magic Portal, ia membolehkan pengguna menukar dan mengakses aplikasi dengan cara drag dan drop sahaja. Selain itu, ia turut menyokong fungsi baru iaitu Circle to Do More, membolehkan pengguna melakukan carian dengan lebih mudah, hanya membuat isyarat gerak (circle) pada imej atau teks dan ia akan memaparkan hasil carian berdasarkannya.
Magic V3 hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan lebih ringan berbanding Magic V2. Magic V3 hanya setebal 4.35mm apabila dibuka dan 9.2mm apabila ditutup. Berat Magic V3 hanyalah sektiar 226gram iaitu 5gram lebih ringan berbanding Magic V2 dengan 231gram.
Seperti biasa, maklumat terperinci hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.