Close

Apple akan guna skrin OLED pada semua iPhone bermula 2025

Apple dijangka akan mula menggunakan skrin jenis OLED pada semua model iPhone bermula pada 2025.

Menurut laporan, Apple dikatakan akan menggunakan skrin OLED sepenuhnya pada semua model iPhone yang dijual pada 2025. Dengan menggunakan skrin OLED ia akan memberikan pengalaman skrin yang lebih baik, lebih terang dan lebih sesuai untuk kandungan dengan definisi yang tinggi berbanding skrin LCD.

Berikutan peralihan ini, Apple dilaporkan telah membuat pesanan skrin OLED dari BOE yang akan digunakan pada iPhone SE 4. Selain BOE, LG Display akan turut menjadi pembekal bagi skrin OLED untuk iPhone. Lebih menarik, maklumat ini turut mengesahkan yang iPhone SE 4 akan hadir dengan skrin OLED.

Apple mula menggunakan skrin OLED pada 2017 melalui model iPhone X. Selepas dari itu, semua model utama Apple mula menggunakan skrin jenis OLED.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN