GoPro secara rasmi memperkenalkan 2 kamera aksi baru mereka iaitu HERO 13 Black dan HERO.
HERO 13 Black hadir dengan beberapa penigkatan dan menyokong 4 mod kanta yang boleh ditukar. Yang mana, ia turut dilengkapi dengan fungsi mengesan dan melaraskan tetapan secara automatik. Dari segi kemampuan kamera, ia menggunakan konfigurasi yang sama dengan sensor 1/1.9” CMOS 8:7 dan cip pemproses GP2. Bermaksud, ia menyokong rakaman video dan imej HDR dengan resolusi 5.3K 60fps dan 4K 60fps.
Selain itu, kamera ini turut menyokong rakaman video gerak perlahan 400fps pada 720p. Sistem penyejuk kini ditambah baik dengan mengguna rekaan seperti sirip yang diletakkan pada bahagian hadapan untuk mengoptimumkan prestasi. Kapasiti bateri turut dipertingkat kepada 1900mAh berbanding 1720mAh pada model sebelumnya. Selain itu, fungsi magnetik turut dinaik taraf dan kemampuan GPS kini lebih baik.
GoPro turut memperkenalkan versi yang lebih mampu milik iaitu HERO. Model ini bukanlah HERO 13 Black Mini. Tampil dengan rekaan yang lebih kompak dan ringan. Menggunakan cip yang lebih rendah iaitu S75N dan mampu merakam sehingga 4K 30pfs. Malangnya, tidak banyak maklumat yang dikongsi mengenai HERO (2024).
Di Amerika Syarikat, HERO 13 Black dijual pada harga sekitra $399.99 (RM1743) untuk set asas dan untuk HERO 13 Black Creator Edition ia dijual pada harga sekitar $599.99 (RM2613). Manakala untuk HERO (2024) ia dijual pada harga sekitar $199.99 (RM874).