Close

Acer perkenal konsol mudah alih dengan nama Nitro Blaze 7

Acer nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam arena konsol mudah alih selepas memperkenalkan konsol mudah alih pertama mereka iaitu Nitro Blaze 7 di IFA 2024.

Nitro Blaze 7 dilengkapi dengan skrin IPS bersaiz 7-inci dengan resolusi FHD dan menyokong paparan 144Hz AMD FreeSync Premium. Dikuasakan dengan cip AMD Ryzen 7 8840HS bersama dengan Ryzen AI. Cip ini dipadankan dengan GPU AMD Radeon 780M, RAM 16GB LPDDR5X dan storan dalaman 2TB M.2 NVMe.

Dari segi kawalan, konsol ini hadir dengan sokongan D-Pad, butang ABXY, butang analog, butang trigger, butang menu dan juga butang untuk penukaran mod. Terdapat juga butang akses pantas, butang suara dan pengimbas cap jari. Dimuatkan dengan bateri 50.05 Wh yang menyokong pengecasan 65W.

Konsol ini menjalankan sistem operasi Windows dengan Acer Game Space yang membolehkan ia menyokong pelbagai platform yang berbeza. Untuk sambungan, ia menyokong 2x UBS4 Type-C, kad Mikro SD 4.0, 1x bicu audio 3.5mm, WiFi 6E, Bluetooth 5.3 dan 2x pembesar suara jenis stereo.

Di Eropah, Acer Nitro Blaze 7 dijual pada harga sekitar €849 (RM4243) dan akan mula dijual bermula penghujung Oktober atau awal November. Tidak dapat dipastikan adakah peranti akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN