Close

Intel tangguh pembinaan kilang di Pulau Pinang

Pembuat cip Amerika Syarikat iaitu Intel dilaporkan menangguhkan pembinaan kilang pembungkusan dan ujian cip baru mereka di Pulau Pinang.

Menurut laporan, pembinaan kilang tersebut adalah sebahagian dari pelaburan bernilai RM3.03 bilion yang diumumkan tiga tahun lalu. Kilang tersebut dijangka akan memulakan operasi pada penghujung tahun ini. Selain itu, Intel turut dilaporkan akan mengurangkan tenaga kerja mereka sebanyak 15% di Malaysia bersamaan dengan 2000 perkerja.

Langkah tersebut diambil berikutan Intel melakukan penstrukturan semula syarikat di peringkat global. Walau bagaimanapun, penangguhan pembinaan kilang ini tidak menjejaskan kepada operasi sedia ada Intel.

Seiring dengan itu, Intel dikatakan sedang mempertimbangkan semula pelaburan mereka di semua negara termasuk Malaysia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN