BYD kini sedia menawarkan varian baru kenderaan elektrik (EV) untuk pasaran tempatan melalui model BYD Seal Dynamic. Merupakan varian ketiga selepas BYD Premium dan BYD Perfomance.
BYD Seal Dynamic hadir dengan dua pilihan warna baru iaitu Cosmos Black dan Aurora White. Selain itu, ia turut hadir dengan beberapa perubahan pada rekaan luaran dan juga dalaman.
Dijana dengan motor tunggal pacuan roda belakang (RWD) yang mampu menghasilkan kuasa 201 hp dan tork 310 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.5 saat sahaja. Menggunakan bateri Blade LFP berkapasiti 61.44 kWh yang mampu bergerak sejauh 510 km (NEDC).
Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC 110 kW. Selain itu, ia turut menyokong fungsi vehicle-to-load (V2L), advanced driver safety assistance systems (ADAS) dan sistem kamera 360 darjah.
Untuk harga jualan, BYD Seal Dynamic dijual pada harga RM163,800. Setiap pembelian di datangkan dengan jaminan selama 6 tahun atau 150,000 km. Untuk bateri, ia didatangkan dengan jaminan selama 8 tahun atau 160,000 km.