Peranti andalan OnePlus yang seterusnya iaitu OnePlus 13 disahkan akan tiba pada bulan depan iaitu Oktober ini. Perkara tersebut dikongsi oleh Presiden OnePlus China iaitu Louis Lee di Weibo.
Perkongsian tersebut turut menyatakan, peranti tersebut akan dilengkapi dengan cip andalan generasi baru iaitu cip Snapdragon 8 Gen 4. Cip tersebut akan digabungkan dengan teknologi eksklusif dari OnePlus yang akan menawarkan pengalaman prestasi yang lebih baik. OnePlus dijangka akan menjadi peranti terawal dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 4.
Selain itu, peranti ini akan turut menawarkan prestasi permainan yang lebih berkuasa dan akan menjadi peranti pertama yang menyokong 120 fps untuk permainan Genshin Impact.
Seperti kebiasaan, OnePlus 13 akan ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu sebelum ia tersedia ke pasaran global pada awal tahun 2025.