Close

Apple Watch Series 10 diperkenalkan – Guna skrin lebih besar dan lebih nipis

Apple secara rasmi melancarkan jam tangan pintar baru mereka iaitu Apple Watch Series 10. Tampil dengan pelbagai peningkatan merangkumi rekaan yang lebih baik dan spesifikasi yang lebih berkuasa.

Dari segi rekaan, Apple Watch Series 10 hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan skrin lebih besar berbanding model sebelumnya. Menggunakan binaan yang lebih lasak dengan Titanium Grade 5. Dijana dengan cip Apple S10 SiP baharu (System in Package) yang menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik.

Selain itu, ia kini menyokong Sleep Apnea yang mengenal pasti gangguan tidur yang mendedahkan kepada pelbagai masalah kesihatan. Tidak ketinggalan, ia kini menyokong pengecasan yang lebih pantas yang mampu mengecas sehingga 80% dalam masa 30 minit. Ia juga turut hadir dengan sokongan muka jam baru yang dioptimumkan untuk skrin baru.

Apple Watch Series 10 kini turut menyokong pembesar suara baru yang memudahkan pengguna mendengar lagu atau menjawab panggilan secara terus. Bukan itu sahaja, ia hadir dengan fungsi baru seperti water temperature dan tahap kedalaman. Menjalankan sistem operasi WatchOS 10. Bagi yang berminat, peranti ini akan ditawarkan bermula 20 September 2024.

ARTIKEL BERKAITAN