Pada acara yang sama, Apple turut memperkenalkan AirPods generasi keempat. Hadir dengan dua pilihan varian bersama dengan beberapa peningkatan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.
Dari segi rekaan, AirPods 4 hadir dengan rekaan yang hampir sama namun ditawarkan dengan 2 pilihan varian iaitu AirPods 4 dan AirPods 4 ANC. Dikuasakan dengan cip H2 yang menjanjikan pengalaman audio yang lebih baik.
Kedua-dua model menyokong personalized audio spatial dan dilengkapi dengan force sensor yang diletakkan pada bahagian tangkai TWS. Untuk AirPods 4 ANC, ia hadir dengan fungsi tambahan iaitu transparency mod dan juga audio adaptive.
AirPods 4 kini hadir dengan bekas pengecas yang lebih kompak dan menyokong pengecasan USB-C. Selain itu, ia kini dilengkapi dengan pembesar suara terbina yang digunakan untuk fungsi Find My.
Airpods 4 turut hadir dengan saiz kerangka yang lebih kompak serta sokongan untuk pengecasan melalui USB-C. Kerangka ini turut hadir dengan speaker terbina, sekaligus memudahkan anda menjejaknya menggunakan Find My.
Untuk pasaran Malaysia, AirPods 4 dijual pada harga RM599 manakala AirPods 4 ANC dijual pada harga RM829.