Close

Samsung bakal memberhentikan 30% pekerja

Samsung bakal memberhentikan 30% pekerja mereka menjelang penghujung tahun ini. Perlaksanaan tersebut dijangka akan menjejaskan pekerja di beberapa negara seperti Amerika, Eropah, Asia dan Afrika.

Perlaksanaan tersebut akan memberi kesan kepada pekerja sektor jualan dan juga pekerja sektor pengurusan. Namun begitu, perlaksanaan pengurangkan pekerja ini tidak akan memberi kesan kepada sektor pengeluaran. Selain itu, pegurangan ini tidak akan dilaksanakan untuk pekerja di Korea Selatan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Samsung, pelarasan dan penstrukturan tenaga kerja di luar negara adalah rutin dan tiada sasaran khusus untuk rancangan tersebut. Samsung turut menyatakan perlaksanaan tersebut adalah untuk meningkatkan kecekapan syarikat.

Laporan lain menyatakan, rancangan tersebut dibuat sebagai persediaan untuk menghadapi kelembapan dalam permintaan global untuk produk teknologi. Samsung juga dikatakan sedang berusaha untuk menjimatkan kos dalam masa yang sama memaksimumkan keuntungan mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN