Fungsi Airdrop membolehkan pengguna Apple memindahkan fail atau data dengan lebih mudah dan pantas. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna Apple sahaja.
Namun tahukah anda, peranti Android turut mempunyai fungsi yang hampir sama melalui Quick Share. Melalui fungsi ini, ia membolehkan anda memindahkan fail atau data dengan lebih pantas dari peranti Android ke komputer Windows dan sebaliknya.
Bagi pengguna Android, fungsi ini telahpun tersedia secara terbina bermula dengan Android 6.0 dan ke atas. Manakala untuk pengguna Windows, ia perlu dipasang secara manual melalui Microsoft Store atau laman web rasmi Android.
Cara Quick Share fon ke komputer windows :
- 1- Buka aplikasi Gallery atau Photos.
- 2- Pilih gambar, video atau fail yang ingin dihantar.
- 3- Tekan share dan pillih Quick Share.
- 4- Seterusnya, buka aplikasi Quick Share pada komputer Windows.
- 5- Pada Quick Share Windows pilih Receive from everyone.
- 6- Pilh Accept dan tunggu sehingga proses selesai.
Selain itu, sekiranya penghantar dan penerima menggunakan sambungan WiFi yang sama, proses penghantaran menjadi pantas. Namun, sekiranya pengguna menggunakan sambungan WiFi yang berbeza, ia mengambil masa yang lebih panjang. Gambar, video atau fail yang diterima akan disimpan di dalam folder download. Cara ini turut boleh digunakan untuk menghantar data dari komputer Windows ke Android.