Close

Kemas kini iOS 18 kini tersedia untuk pengguna di Malaysia

Sistem operasi baru untuk iPhone iaitu iOS 18 kini tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna. Hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti sokongan ubah suai yang lebih menyeluruh dan sokongan privasi yang lebih baik.

Namun begitu, kemas kini ini tidak menyertakan keupayaan kecerdasan buatan Apple Intelligence. Fungsi tersebut hanya akan tersedia pada kemas kini yang seterusnya.

Bagi pengguna yang ingin mengemaskini ke iOS 18, anda disarankan untuk melakukan proses backup terlebih dahulu. 

Selain itu, pastikan sambungan Wi-Fi dalam keadaan baik dan juga peranti tidak menggunakan sebarang perkakasan dari pihak ketiga bagi mengelakkan sebarang masalah selepas kemas kini. Untuk mengemaskini ke iOS 18, pergi ke bahagian Settings > General > Software Update.

Selain kemas kini iOS 18, turut tersedia beberapa kemas kini lain untuk peranti Apple seperti iPadOS 18, WatchOS 11, tvOS 18, macOS 15 Sequoia dan visionOS 2. Seperti biasa, pastikan anda melakukan proses backup sebelum mengemas kini kepada sistem operasi yang terkini.

ARTIKEL BERKAITAN