Close

HUAWEI Mate XT Ultimate akan tiba ke pasaran global tahun depan

Fon tri-lipat pertama di dunia iaitu HUAWEI Mate XT Ultimate akan tiba ke pasaran global pada tahun hadapan atau lebih spesifik sekitar suku pertama tahun 2025.

Namun begitu, laporan tersebut tidak mendedahkan secara terperinci mengenai negara atau pasaran yang akan menawarkan peranti ini. Kita mungkin boleh menjangkakan yang Malaysia akan disenaraikan sebagai pasaran terpilih untuk Mate XT Ultimate.

Mate XT Ultimate telahpun dilancarkan lebih awal di pasaran China. Merupakan fon tri-lipat pertama yang dijual secara komersil untuk pengguna. Hadir dengan tiga skrin LTPO OLED yang boleh dlipat dan menyokong paparan 120Hz. Peranti ini boleh digunakan dalam tiga pilihan skrin iaitu 6.4-inci ketika dilipat, 7.9-inci apabila skrin kedua dibuka dan 10.2-inci apabila skrin ketiga dibuka.

Mate XT Ultimate hanya setebal 3.6mm apabila dibuka dan berat hanya sekitar 298 gram sahaja. Untuk pasaran China, harga jualan untuk peranti ini adalah sekitar CNY19,999 (RM12,207).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN