Close

Proton e.MAS 7 akan menjelajah seluruh Malaysia bermula 5 Oktober ini

Proton secara rasmi melancarkan acara Jelajah Proton e.MAS 7 yang akan bermula pada 5 Oktober 2024. Melalui acara ini, e.MAS 7 akan dibawa menjelajah ke seluruh Malaysia dengan jarak yang akan ditempuh melebihi 2000 km.

Jelajah Proton e.MAS 7 akan bermula dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Seterusnya ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kemudian, ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Proton e.MAS 7 akan kembali ke Kuala Lumpur dan Selengor sebelum ke Sabah dan Sarawak bagi melengkapkan jelajah mereka.

Melalui jelajah ini, ia membolehkan orang ramai melihat EV pertama dari Proton dengan lebih dekat sebelum ia diperkenalkan. Selain itu, jelajah ini bakal membuktikan kemampuan dan kebolehan sebenar e.MAS 7.

Jelajah Proton e.MAS 7 adalah sambungan kepada kempen sama yang dibuat oleh Geely kepada EV Galaxy E5 yang dipandu dari China ke Malaysia dengan jarak melebihi 3700 km. Perjalanan tersebut mengambil masa 10 hari yang merentasi Laos dan Thailand sebelum tiba ke Malaysia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN