Close

Infinix ZERO Flip diperkenalkan – Guna cip Dimensity 8020, bateri 4720mAh dan pengecasan 70W

Infinix secara rasmi memperkenal fon lipat jenis clamshell pertama mereka iaitu ZERO Flip. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan dijual pada harga lebih mampu milik.

ZERO Flip hanya setebal 7.6mm apabila dibuka dan berat hanya sekitar 195 gram sahaja. Hadir dengan skrin luar yang agak besar iaitu 3.64-inci AMOLED yang menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 2. Untuk skrin utama, ia menggunakan skrin bersaiz 6.9-inci LTPO AMOLED yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1400 nits.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 8020 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4720mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 70W. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP telefoto dan swafoto 50MP. Selain itu, ia turut menyokong mod GoPro yang membolehkan pengguna mengubah tetapan secara langsung melalui fon.

Peranti ini menjalankan sistem operasi XOS 14.5 yang berasaskan Android 14. Infinix menjanjikan kemas kini 2 tahun untuk Android dan 3 tahun untuk keselamatan.

Di Nigeria, ZERO Flip ini dijual pada harga sekitar NGN 1,065,000 (RM2664) dan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Blossom Glow dan Rock Black. Peranti ini akan turut diperkenalkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN