vivo telahpun berkongsi maklumat mengenai kehadiran peranti andalan mereka yang seterusnya siri X200 pada 14 Oktober ini di China.
Terbaru, Pengurus Produk vivo iaitu Han Boxiao telah berkongsi rekaan siri X200 di Weibo. Memperlihatkan ia hadir dengan rekaan yang hampir sama seperti siri X100 dengan kamera belakang jenis bulat. Namun begitu, kemasan panel belakang akan menggunakan corak yang berbeza dari model sebelumnya.
Selain itu, siri X200 bakal hadir dengan pilihan warna baru iaitu Putih dan Biru. Peranti ini akan kekal menggunakan penjenamaan kamera dari Zeiss. Bercakap mengenai spesifikasi, peranti ini dijangka akan menggunakan cip terbaru dari MediaTek iaitu Dimensity 9400.
Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.