nubia secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka iaitu RedMagic Nova. Tampil dengan spesifikasi yang berkuasa yang memfokuskan kepada permainan.
RedMagic Nova merupakan tablet pertama yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition yang turut digunakan pada RedMagic 9S Pro dan nubia Z60 Ultra. Cip ini menjanjikan peningkatan CPU dan GPU yang lebih berkuasa berbanding cip Snapdragon 8 Gen 3.
Hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 10.9-inci yang menyokong paparan 144Hz dan touch sampling rate pada 840Hz. Menggunakan konfigurasi RAM sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Turut dimuatkan dengan kipas penyejuk dengan kelajuan 20,000 rpm dan sistem penyejukkan 9 lapisan yang mampu mengekalkan suhu sekitar 25°C.
Menggunakan tetapan kamera belakang tunggal dengan sensor 50MP dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan 80W. nubia mendakwa, tablet ini mampu bertahan sehingga 10 jam untuk permainan dan 19 jam untuk penggunaan biasa.
Di Eropah, RedMagic Nova ini dijual pada harga bermula sekitar €499 (RM2295) untuk 12GB + 256GB dan €649 (RM2975) untuk 16GB + 512GB. Tablet ini dijangka akan turut ditawarkan di beberapa pasaran lain seperti North America, Asia Pacific, Middle East dan Latin America.