Close

BYD panggil semula hampir 100,000 unit Atto 3 dan Dolphin di China – Malaysia tak terjejas?

BYD telah memanggil semula hampir 100,000 unit Atto 3 (Yuan Plus) dan Dolphin di China. Pelaksanaan itu dibuat selepas syarikat tersebut mengesan masalah yang menyebabkan risiko kebakaran pada kedua-dua model tersebut.

Menurut laman web State Administration for Market Regulation (SAMR) China. Masalah tersebut dikatakan berpunca daripada kapasitor yang dimuatkan pada Column-assist Electric Power Steering (CEPS). Kapasitor tersebut dikatakan terdedah kepada risiko retak akibat masalah pembuatan.

Kapasitor yang retak boleh menyebabkan ia menjadi terlalu panas sekaligus boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Berikutan itu, BYD menawarkan pembaikan secara percuma kepada kenderaan yang terjejas dengan memasang gasket penebat pada bahagian tersebut.

Terdapat dua kumpulan yang terlibat dengan perlaksanaan ini. Kumpulan pertama kenderaan yang dihasilkan dari 4 Februari hingga 26 Disember 2024 manakala kumpulan kedua yang dihasilkan pada 2 November 2022 hingga 19 Jun 2023.

Namun begitu, Atto 3 dan Dolphin yang dijual di Malaysia dikatakan tidak terjejas dengan masalah tersebut. Selain itu, BYD Malaysia belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN