OPPO secara rasmi memperlihatkan beberapa aksesori magnetik yang akan menyokong siri Find X8. Aksesori magnetik ini sama seperti yang ditawarkan oleh Apple pada iPhone yang dipanggil sebagai ‘MagSafe’.
Perkongsian melalui platform Weibo itu memperlihatkan tiga aksesori magnetik yang akan diperkenalkan iaitu power bank magnetik berkapasiti 5000mAh, pengecas tanpa wayar magnetik 50W dan pengecas magnetik tanpa wayar untuk kenderaan.
Melalui video tersebut, memperlihatkan semua aksesori tersebut digunakan pada peranti OPPO yang berkemungkinan adalah siri Find X8. Namun begitu, ia mungkin memerlukan casing khas untuk menyokong fungsi pengecasan seperti mana Apple MagSafe. Lebih menarik, aksesori tersebut turut boleh digunakan pada iPhone.
Selain siri Find X8, sokongan aksesori magnetik ini dijangka akan diperluaskan pada peranti andalan lain seperti Find N. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak aksesori magnetik yang akan diperkenalkan oleh OPPO pada masa akan datang.