Close

Oracle rancang labur lebih RM27 billion di Malaysia

Oracle merancang untuk melabur lebih dari RM27 billion di Malaysia. Pelaburan tersebut akan memfokuskan kepada perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan juga pembangunan infrastruktur awan.

Seiring dengan pengumuman tersebut, Oracle turut merancang untuk membuka wilayah awan awam di Malaysia yang membolehkan pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan AI. Sekaligus, mempercepatkan lagi inovasi serta meningkatkan daya saing global. Selain itu, pelaburan ini adalah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.

Pelaburan ini bakal memperkasakan lagi ekonomi digital Malaysia dalam masa yang sama membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Pelaburan Oracle ini dilihat seiring dengan pengumuman beberapa syarikat teknologi seperti Google, Microsoft dan Amazon yang turut melabur di Malaysia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN