Close

Infinix HOT 50 5G akan tiba di Malaysia pada 7 Oktober ini

Infinix Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu HOT 50 5G pada 7 Oktober 2024. Merupakan peranti kelas pertengahan dan hadir dengan rekaan yang nipis.

HOT 50 5G hadir dengan rekaan yang nipis dengan 7.68mm sahaja. Menggunakan skrin bersaiz 6.7-inci yang menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Kamera utama peranti ini menggunakan sensor sebesar 48MP dari Sony IMX582 dan dilengkapi dengan teknologi bateri yang mampu bertahan sehingga 4 tahun. Harga jualan peranti ini masih lagi menjadi rahsia dan perkara tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN