Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan penggunaan MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi MyJPJ tidak diperlukan.
Dalam perkembangan terbaru mengenainya, CEO MyDigital ID, Mohd Mirza Mohd Noor menyatakan intergrasi MyDigital ID dengan MyJPJ tidak dibatalkan sebaliknya hanya ditangguhkan. Bermaksud, perlaksanaan tersebut akan dilakukan selepas proses pengintegrasian dengan aplikasi MyJPJ dibuat secara ‘back-end’.
Sepanjang penangguhan ini, pengguna mempunyai pilihan untuk log masuk aplikasi MyJPJ dengan menggunakan MyDigital ID atau akaun sedia ada. Selain itu, beliau turut mengambil maklum mengenai kesukaran pengguna untuk mengakses aplikasi MyJPJ dengan MyDigital ID.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai program MyDigital ID, orang ramai digalakkan untuk menghubungi MyDigital ID sdn bhd atau melayari laman web rasmi mereka.