Google Gemini Live yang diperkenalkan baru-baru ini hanya menyokong satu pilihan bahasa sahaja iaitu Inggeris. Gemini Live ditawarkan secara percuma untuk peranti Android, merupakan chatbot yang dijana oleh AI dari Google.
Gemini Live is coming to 40+ languages! It's rolling out to Android devices over the next few weeks, starting with French, German, Portuguese, Hindi, and Spanish, with many more on the way.
— Google Gemini App (@GeminiApp) October 3, 2024
Soon, you'll be able to communicate, collaborate, and get creative in even more… pic.twitter.com/yP4YVFwFCr
Dalam perkembangan terbaru, Google menyatakan yang Gemini Live akan menyokong lebih dari 40 bahasa dalam masa terdekat. Pada ketika ini, Google telahpun menambah 5 bahasa baru iaitu Jerman, Hindi, Portugis, Perancis dan Sepanyol.
Namun begitu, Google tidak berkongsi maklumat terperinci mengenai senarai bahasa yang akan disokong oleh Gemini Live. Google turut membawakan fungsi baru Gemini Live yang menyokong perbualan dalam dua bahasa secara serentak. Fungsi ini dijangka akan diperluaskan kepada lebih banyak bahasa pada masa akan datang.
Bagi pengguna Android yang berminat untuk mencuba, Gemini Live boleh dimuat turun melalui Google Play Store.