Close

Beberapa perkhidmatan Digi tidak boleh diakses pada 14 dan 15 Oktober ini

CelcomDigi telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan gangguan perkhidmatan yang akan bermula pada 14 dan 15 Oktober 2024 dari 9 malam sehingga 9 pagi. Gangguan perkhidmatan ini disebabkan oleh penaiktarafan rangkaian untuk perkhidmatan Digi.

Berikutan dari itu, beberapa perkhidmatan Digi tidak boleh diakses bermula dari tarikh dan masa tersebut. Namun begitu, gangguan tersebut tidak terkesan kepada perkhidmatan seperti panggilan, permesejan dan capaian rangkaian.

Antara perkhidmatan yang akan terjejas dengan penaiktarafan rangkaian adalah seperti aplikasi MyDigi, laman web MyDigi, Digi online store dan juga kedai fizikal Digi. Bukan itu sahaja, beberapa perkhidmatan lain seperti pendaftaran pengguna baru, pembelian dan pembayaran melalui DigiPay, langganan dan pengaktifan pas roaming, pertukaran pelan dan juga pembayaran melalui platform perbankan atas talian atau kaunter turut terjejas.

Oleh yang demikian, CelcomDigi menyarankan pengguna atau pelanggan untuk melakukan transaksi, pembayaran atau langganan lebih awal atau menggunakan alternatif lain dalam tempoh tersebut.

Dalam masa yang sama, CelcomDigi turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi CelcomDigi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN