Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone SE yang seterusnya pada tahun 2025. Peranti ini dijangka hadir dengan pelbagai peningkatan pada spesifikasi dan rekaan.
Terbaru, terdapat laporan mendedahkan yang iPhone SE 2025 akan dikuasakan dengan cip A18 yang dipadankan dengan konfigurasi 8GB RAM. Bukan itu sahaja, peranti ini akan menjadi model pertama yang akan dilengkapi dengan modem 5G daripada Apple.
Dengan menggunakan spesifikasi yang lebih berkuasa, peranti ini dijangka akan turut menyokong Apple Intelligence. Selain itu, iPhone SE 2025 berkemungkinan akan menggunakan sensor kamera 48MP yang sama seperti pada iPhone 15 dan 15 Plus.
iPhone SE 2025 berkemungkinan akan dijual lebih mahal dengan harga jualan bermula sekitar $459 (RM1935). Sebagai perbandingan, iPhone SE 2022 dijual pada harga bermula sekitar $429 (RM1809).