Pada ketika ini, kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja membantu dalam kehidupan seharian atau pekerjaan. Namun, ia turut boleh membantu dalam pelbagai perkara seperti pembelajaran dan juga komunikasi.
Samsung melalui Galaxy AI hadir dengan pelbagai fungsi menarik yang boleh dimanfaatkan atau digunakan untuk memudahkan urusan dalam pembelajaran. Bukan itu sahaja, Galaxy AI turut membantu untuk menjadikan komunikasi dua hala lebih berkesan.
Antara fungsi Galaxy AI yang sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran adalah seperti Note Assist, browsing assist, circle to search dan sketch to image. Semua fungsi ini menawarkan kemampuan yang berbeza dan menarik. Selain itu, Galaxy AI turut boleh membantu untuk menjadikan komunikasi lebih baik melalui fungsi interpreter, chat assist dan live translate.
Note Assist
Note Assist membolehkan anda menyalin nota dengan lebih mudah. Fungsi ini membolehkan nota yang dicatat melalui aplikasi Samsung Note boleh diringkaskan atau dipadatkan. Bukan hanya meringkaskan, ia turut menyenarai dan menyusun konteks penting nota. Lebih menarik, pengguna turut boleh menukar atau mengubah format nota mengikut kepada kesesuaian.
Selain itu, fungsi ini turut menjadikan nota anda menjadi lebih kemas dan teratur. Bukan itu sahaja, ia turut mampu membetulkan ejaan dan juga tatabahasa. Sekiranya anda menggunakan S-Pen, note assist mampu mengesan tulisan tangan anda dengan baik yang akan ditulis semula dalam bentuk teks. Fungsi ini turut menyokong pelbagai lagi kemampuan yang menarik.
Browsing assist
Membaca artikel di laman web akan mengambil masa yang lama bergantung kepada artikel. Namun, dengan menggunakan browsing assist ia membolehkan artikel diringkaskan untuk menjadikan ia lebih mudah untuk dibaca.
Bukan itu sahaja, ia turut menyokong terjemahan secara terus tanpa perlu bertukar aplikasi. Lebih menarik, ringkasan tersebut boleh disalin atau dipindahkan secara terus ke Samsung Note. Jadi, tidak dinafikan yang browsing assist dapat memudahkan anda untuk mencari bahan bacaan atau maklumat dengan lebih efisien.
Sketch to Image
Fungsi ini mungkin sesuai digunakan untuk seni, rekaan atau sebagainya. Seperti namanya, fungsi ini membantu mengubah atau menambah baik lukisan yang dibuat melaluinya. Fungsi ini dapat menjana hasil idea yang lebih unik dan kreatif dalam masa yang sama dapat meningkatkan lagi kemampuan melukis.
Bukan itu sahaja, fungsi ini turut membolehkan pengguna menambah objek lain ke dalam imej sedia ada. Sebagai contoh, anda boleh menambah cawan atau bunga di atas meja untuk menjadikan imej lebih menarik dan unik. Objek yang ditambah akan dijana oleh AI dan akan disesuaikan mengikut keadaan untuk menjadikan lebih realistik.
Cirlce to Search
Mencari maklumat kini lebih mudah melalui fungsi Circle to Search. Fungsi ini membolehkan pengguna melakukan carian dengan lebih pantas dan mudah. Pengguna hanya perlu membuat isyarat gerak (circle) pada imej atau teks dan ia akan memaparkan hasil carian berdasarkannya. Menariknya, fungsi ini tidak memerlukan pengguna bertukar aplikasi.
Bukan itu sahaja, fungsi ini turut menyokong penyelesaian matematik. Pengguna hanya perlu membuat isyarat gerak (circle) pada soalan matematik dan ia akan diselesaikan. Lebih menarik, cara kerja untuk penyelesaian tersebut akan ditunjuk secara terperinci berdasarkan kepada soalan. Selain itu, fungsi ini turut menyokong terjemahan secara terus berdasarkan kepada imej. Secara keseluruhan, fungsi ini dapat membantu untuk mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan efisien.
Interpreter
Fungsi terjemahan kini lebih menarik dengan Interpreter, yang mana ia akan menterjemahkan perbualan dalam masa nyata sekaligus dapat mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih baik. Melaluinya, ia akan memaparkan terjemahan pada skrin melalui FlexWindow yang boleh dilihat semasa berkomunikasi.
Bukan itu sahaja, setiap terjemahan ke bahasa asing akan dipaparkan secara masa nyata melalui FlexWindows berserta dengan audio. Namun begitu, anda perlu menetapkan bahasa yang ingin digunakan sebelum melakukan perbualan. Fungsi ini menyokong 16 bahasa dan boleh digunakan dalam dua mod iaitu listening mode atau conversation mode.
Chat assist
Berbeza dengan interpreter yang digunakan untuk komunikasi secara bersemuka. Chat Assist pula digunakan untuk komunikasi dalam bentuk teks. Tidak seperti interpreter, chat assist menyokong lebih banyak fungsi seperti Composer, Writing Style, Chat translation, Spelling dan Grammar.
Fungsi ini boleh digunakan dalam pelbagai keadaan seperti membalas email, mesej dan mencipta hantaran dalam media sosial. Pengguna hanya perlu menulis secara ringkas mengenai perkara yang ingin disampaikan dan ia akan dijana oleh Galaxy AI. Pengguna turut boleh memilih nada dalam penulisan seperti profesional, polite dan casual.
Bukan itu sahaja, anda kini boleh menterjamah teks sms secara terus tanpa perlu menukar aplikasi. Selain itu, ia turut membantu pengguna dalam memperbaiki dan meningkatkan kemahiran dalam tatabahasa dan juga ejaan.
Live translate
Seperti namanya, fungsi ini membolehkan panggilan telefon yang diterima dialih bahasa dalam masa nyata. Sebagai contoh, jika pemanggil menggunakan dua bahasa yang berbeza seperti Inggeris dan Korea, fungsi ini secara automatik akan menterjemah perbualan dalam bentuk teks berdasarkan audio dan dipaparkan pada skrin peranti.
Berikutan itu, kedua-dua pengguna dapat memahami perbualan dengan lebih baik sekaligus menjadikan komunikasi lebih lancar. Fungsi ini turut menyokong aplikasi pihak ketiga seperti Instagram, Google Meet dan WhatsApp. Dengan adanya fungsi ini, perbezaan bahasa tidak lagi menjadi penghalang untuk berhubung melalui telefon.