Samsung melalui acara Samsung Development Conference (SDC 2025) telah mengumumkan beberapa maklumat mengenai sistem operasi mereka yang seterusnya iaitu One UI 7.
Samsung menyatakan, kemas kini versi beta untuk One UI 7 akan dilepaskan pada sekitar penghujung tahun ini. Manakala untuk versi stabil, ia akan tiba pada tahun 2025 bersama dengan peranti andalan baru iaitu siri Galaxy S25.
Bermaksud, peranti lain hanya akan menerima kemas kini stabil untuk One UI 7 selepas siri Galaxy S25 diperkenalkan. One UI 7 dijangka hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik seperti antaramuka yang lebih menarik, prestasi sistem operasi yang dipertingkat dan lebih banyak fungsi yang dikuasakan dengan Galaxy AI.
Samsung menjanjikan kemas kini yang lebih lama untuk peranti andalan mereka iaitu sehingga 7 tahun. Sebagai perbandingan, kebanyakan pengeluar hanya memberikan kemas kini sekitar 4 ke 5 tahun sahaja pada peranti mereka termasuklah Apple.