Close

Siri realme 13 akan diperkenalkan pada 17 Oktober ini

realme Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran siri realme 13 pada 17 Oktober ini. Sebelum ini, realme telahpun memperkenalkan siri realme 13 Pro ke pasaran tempatan dengan 2 pilihan model iaitu realme 13 Pro dan realme 13 Pro+.

Seperti mana pada realme 13 Pro, siri realme 13 akan turut ditawarkan dalam 2 pilihan model iaitu realme 13 dan realme 13+. Malangnya, tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh realme Malaysia.

Namun begitu, kedua-dua model ini akan dikuasakan dengan cip dari MediaTek. Untuk realme 13, ia akan dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 sementara realme 13+ akan dilengkapi dengan cip Dimensity 7300 Energy. Selain itu, kedua-dua model akan menyokong teknologi pengecasan pantas iaitu 45W pada realme 13 dan 80W pada realme 13+.

Seperti biasa, maklumat mengenai penawaran peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN