Close

OnePlus 13 dilaporkan menyokong aksesori magnetik seperti ‘MagSafe’

Peranti andalan OnePlus iaitu OnePlus 13 dilaporkan akan menyokong aksesori magnetik seperti MagSafe yang ditawarkan pada iPhone.

Menurut laporan, OnePlus 13 akan hadir dengan sokongan aksesori magnetik seperti pengecasan tanpa wayar magnetik. Namun begitu, fungsi magnetik tersebut tidak akan dimuatkan pada peranti sebaliknya ia memerlukan casing khas untuk menyokong fungsi tersebut.

Selain itu, tidak dapat dipastikan jenis aksesori magnetik yang akan ditawarkan untuk OnePlus 13. Sebelum ini, OPPO telahpun memperlihatkan 3 jenis aksesori magnetik yang akan ditawarkan untuk Find X8. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan yang OnePlus akan turut menawarkan perkara yang sama.

OnePlus 13 dijangka akan diperkenalkan sekitar Oktober ini bersama dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 4.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN