Close

Beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses pada 9 Oktober ini

Maybank melalui laman web rasmi mereka mengumumkan beberapa perkhidmatan perbankan tidak boleh diakses sementara waktu pada Rabu, 9 Oktober 2024 bermula jam 11.30 hingga 11.59 malam.

Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem yang dilakukan untuk memberikan pengalaman beli-belah tanpa sebarang gangguan ketika jualan 10.10 berlangsung.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi QRPayBiz, aplikasi MAE, FPX Online Payments, Debit Card Transactions, aplikasi Maybank Wealth, perkhidmatan ATM dan Terminal layan diri.

Dalam masa yang sama, Maybank turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk sebarang maklumat lanjut atau bantuan layari laman web rasmi Maybank.

ARTIKEL BERKAITAN