Apple dijangka akan mula menawarkan beberapa produk baru mereka seawal November ini. Produk tersebut akan diperkenalkan pada penghujung Oktober ini dan tersedia untuk dibeli bermula 1 November.

Menurut laporan, terdapat 3 produk yang akan diperkenalkan oleh Apple iaitu MacBook Pro, Mac mini dan iPad mini. Untuk Macbook Pro, ia akan dikuaskaan dengan cip terbaru dari Apple iaitu M4 yang menjanjikan pretasi yang lebih berkuasa.


Untuk Mac mini, ia dijangka hadir dengan rekaan baru yang lebih kompak berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, ia mungkin akan ditawarkan dengan 2 pilihan cip iaitu M4 dan M4 Pro. Manakala untuk iPad mini, ia dijangka akan membawa peningkatan spesifikasi yang lebih baik dari model sebelumnya.