Close

Infinix HOT 50 5G tiba di Malaysia dengan harga RM599

Infinix Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu HOT 50 5G. Merupakan sebuah peranti kelas pertengahan yang hadir dengan rekaan yang nipis.

HOT 50 5G hadir dengan rekaan yang nipis dengan 7.68mm sahaja. Menggunakan skrin bersaiz 6.7-inci yang menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Infinix mendakwa bateri ini mampu bertahan sehingga 4 tahun. Kamera utama peranti ini menggunakan sensor sebesar 48MP dari Sony IMX582. Selain itu, peranti ini turut menyokong beberapa fungsi AI seperti Voice Capture dan AI Creation.

Di Malaysia, Infinix HOT 50 5G dijual pada harga RM599 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Sleek Black, Vibrant Blue, Sage Green dan Dreamy Purple. Bagi yang berminat, peranti boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Infinix Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN