Kenderaan Elektrik (EV) pertama dari Proton iaitu e.MAS 7 kini dibuka untuk pra-tempahan dengan deposit RM500.

e.MAS 7 telahpun diumumkan secara rasmi pada Ogos lalu namun tiada maklumat mengenai harga jualan yang dikongsi. Hadir dengan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 215 hp dan 320 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 180 km/j.
Ditawarkan dalam 2 pilihan bateri iaitu 49.52 kWh dengan jarak gerak 440 km dan 60.22 kWh dengan jarak gerak 530 km (CLTC). EV pertama Proton ini dijangka akan turut menyokong aplikasi e.MAS untuk membolehkan ia disepadukan antara aplikasi dan juga EV.

Bagi yang berminat, pra-tempahan untuk e.MAS 7 ini boleh dibuat melalui laman web rasmi Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON).

Selain itu, bagi anda yang berminat untuk melihat EV ini dengan lebih dekat, ikuti acara Jelajah Proton e.MAS 7 yang sedang berlangsung ketika ini. Melalui acara ini, e.MAS 7 akan dibawa menjelajah ke seluruh Malaysia dengan jarak yang akan ditempuh melebihi 2000 km.